kadang2 susah kan sebenarnya nak cari sahabat yg baik? dulu zaman sekolah mungkin aku tercari-cari kawan baik... mungkin time tu aku belum cukup matang unt menilai.. tapi alhamdulillah aku mempunyai seorang kwn baik yg masih berhubung sehingga saat ini..
bila masuk zaman diploma aku berkawan dgn semua.. aku tidak pernah pilih unt rapat dgn sesiapa.. sehingga la aku menjadi semakin rapat dgn siti dan fath.. hampir semua benda kami kongsikan tak kira masalah, cerita, suka duka..terlalu byk..
aku bersyukur kerana jumpa dgn mereka.. kami lebih memahami antara satu sama lain mgkn kerana situasi yg kami alami hampir sama kesemuanya...
bila masuk zaman degree..percaya atau tidak aku merasakan semua kwn adalah sama..
kadang2 tu aku berasa penat untuk mengalah dgn kwn2..especially kwn baik.. tapi ibu selalu nasihat aku dgn adik2 supaya mengalah.. tapi kalo dh selalu mengalah pasti cedera teruk hati ni kan?
bukan niat aku untuk tidak berterus terang.. tapi aku lebih memilih untuk berdiam diri.. kerana dgn cara itu aku dpt lindungi org yg aku sayang..
aku tidak bijak dlm meluahkan kata-kata kerana ianya hanya akan mengguris hati sahabat2 aku.. aku cuba untuk bertolak ansur dgn mereka.. tapi kadang2 apa yg kita buat mereka seperti tidak sedar.. mungkin satu hari nnt mereka akan sedar dan nilai semula.. mungkin...
pernah tak kita rasa cemburu bila kwn baik kita rapat dgn kwn lain? ya.. aku percaya setiap org akan berasa begitu.. mungkin kita takut akan kehilangannya ... tapi bg aku jgn pernah paksa seseorang itu unt menjadi sahabat kita..
aku mungkin bukan sahabat yg terbaik bagi kau.. tapi aku bole menjadi pendengar yg baik.. In shaa ALLAH...
Andai ada sahabat sejati di dunia nie... andai ada...
No comments:
Post a Comment